Thursday, 5 May 2016
Rasa Hati
Boleh tak kali ni saya nak bercerita mengenai hati? Hati kita nie kadang kala sukar nak diramal.kita sendiri tak tahu apa rasa hati sendiri...mungkin ada yang paham mengenai hati sendiri tapi bagi saya, saya sendiri tak paham rasa hati saya ni... Memang yang kita ketahui bahawa hati ini hak Yang Hakiki... ini semua pinjaman daripada Illahi....saya cuma nak berkongsi rasa hati sahaja..
Dulu saya pernah sayang seorang hamba Allah nie AY... dari saya tingkatan 2 saya minat dia disebabkan perwatakan dia...terus terang saya katakan saya sebenarnya tidak meminati lelaki pun.. tapi mungkin kerana faktor usia yang meningkat remaja membuatkan saya terusik.. tapi sekadar berminat sahaja dan tidak lebih daripada itu... dalam masa yang sama saya rapat dengan seorang rakan daripada sekolah rendah...dengan layanan yang dia berikan membuatkan saya jatuh hati dan berharap padanya..tetapi saya abaikan perasaan tu sebab bagi saya itu hanyalah mainan semata dan memandangkan kami masih lagi dibangku persekolahan... untuk bercouple di masa itu sungguh jauh sekali.. tetapi biasalah hurmmm zaman sekolah..dia pun sudah mempunyai kekasih hati dan masa itu juga saya belajar erti kecewa..tetapi tidaklah sekecewa sekarang..kenapa dengan sekarang?nanti akan diketahui sebabnya...setelah dua tahun berlalu saya tidak rapat lagi dengan rakan sekolah rendah saya tu yang ku gelar AS sebab dia pun sudah ada yang punya dan saya masih lagi mempunyai perasaan kecewa...entah bagaimana saya berkenalan dengan orang yang pernah saya sayang iaitu AY dan hubungan kami menjadi rapat..kami menjadi rapat kerana dia sering mencurahkan perasaan kecewanya pada saya..ohh dia pun sudah berpunya tetapi sayang kekasihnya curang..kekasihnya itu adalah rakan sekelas sekolah agama saya..
Selama lebih 3bulan kami berkawan dan entah bagaimana hubungan kami, kami teruskan dengan percintaan...rupanya seronok bila bercinta nie...berkongsi sesuatu dengan orang lain...nampak saya seperti perampas? entah waktu tu saya tidak fikir pun perampas atau tidak kerana kekasihnya sendiri curang..bagi saya waktu itu tidak salah bagi saya untuk merawat luka orang lain dan luka saya kecewa ketika itu...di pendekkan cerita kami berkawan dan bercinta lebih daripada 9 tahun.. rakan sekolah rendah saya AS juga sudah berkahwin dengan pasangannya dari mereka bercinta di bangku sekolah. Mungkin itu jodoh mereka dan saya bahagia cuma entah mengapa masih punyai rasa kecewa dihati sedangkan saya sudah mempunyai pasangan...saya sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Saya sangkakan saya juga akan menjadi seperti rakan sekolah rendah saya AS yang akan menamatkan percintaan kami hingga ke perkahwinan.
Sayang seribu kali sayang, bahagia yang saya impikan musnah di tengah jalan. Setelah tali pertunangan dimeterai ikatan disimpul entah tiba-tiba badai datang.. kami putus ditengah jalan..beberapa bulan sebelum majlis dan masa itu saya masih lagi belum menyelesaikan pengajian master. Kecewa hati usah nak diluah..sakitnya masih terasa...mungkinkah ini karma atau balasan?Dia tinggalkan diriku tanpa sebarang alasan. Cuma diminta sekadar kawan..hati mana yang tidak hancur..?orang kata masjid yang hendak dibina tidak kesampaian..tapak sudah ada, bahan binaan sudah tersedia, orang-orang tinggal untuk mengerjakan pembinaan sahaja. Tapi entah mengapa bahan binaan di curi orang...benarlah kata orang jika tiada jodoh kawan lah selama mana tidak akan menjadi tetapi jika dinamakan jodoh kita pergilah ke mana sahaja walau ke hujung dunia sekalipun tetap akan bersatu..
Waktu kecewa usah ditanya bagaimana rasa bagaimana diri...tiada satu kata dapat diterangi keadaan diri... rawat diri dengan kembali pada Yang Hakiki....perlahan-lahan saya tutup pintu hati...waktu masih lagi gagah untuk berdiri..cahaya menanti pada bulan yang diberkati...bulan Ramadhan..berkenalan dengan bakal pilot R..hati berbunga kembali..ku bukakan pintu hati..tetapi sayang lagi sekali ku kecewa kembali...kawan baiknya K juga kawan ku sangat menyayangi dirinya...ku tidak ingin digelar perampas lagi ku undur diri...air mata mengalir lagi....mencari semangat diri...kini ku kunci hatiku dan buang kunci ke dalam perigi....nantilah sambung lagi.... (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment