Tuesday, 3 May 2016
Love Till Jannah
Apa yang kita paham dengan cinta? Siapa yang tak pernah bercinta? Semua orang pernah bercinta, tak kiralah cinta berbalas atau pun tidak..tapi sebenarnya cinta kita nie pada benda yang nyata je ke? Cinta pada manusia je ke? Sebenarnya cinta itu indah..lebih indah jika kenal erti sebenarnya cinta..ramai je orang berkahwin disebabkan cinta..betul ke memang cinta tu penyebab kita kahwin dan bersatu dengan pasangan kita?kita yakin bahawa rasa cinta itu kekal dan sentiasa ada? Sebenarnya tidak..di dunia ni tiada apa yang kekal melainkan Allah..tapi jika cinta kerana Allah dan sememangnya semata kerana Allah ianya tidak pernah pudar..sedangkan dalam doa iftitah di dalam solat kita telah meletakkan bahawa hidup dan mati kita kerana Allah..mana datangnya kita niatkan bahagia kerana manusia..manusia semua nak bahagia..siapa yang nak rasa derita? Tak pernah ada orang impikan derita..tapi kita tanpa sedar kita yang cipta derita..contohnya kita dari kecil dididik oleh ibu ayah kita sampai satu masa kita kenal cinta terasa nk berkasih sayang,tapi dalam tak sedar kita lupa siapa sebenarnya berikan rasa tu..kita tidak bersyukur sama sekali..walhal sebenarnya dari kecil kita dah tau rasa kasih tu rasa syg..dari mana kita belajar?dari Yang Satu jua..dia ciptakan sesuatu dgn rasa kasih kerana sifat Ar-Rahman dan juga Ar-Rahimnya..kemudian dari ibu ayah kita..kerana sifat kasih antara mereka bersama kita dari awal kejadian..Islam itu indah dan cantik..manusia yang mencacatkan..ada orang yang mempersalahkan Tuhan dan hanya ingin bahagia sedangkan dalam kesenangan mereka lupa akan Tuhan mereka..terasyik dengan khayalan,sememangnya terlihat indah...tapi dalam tidak sedar kita lupa erti syukur...bila hadirnya derita baru teringat Tuhan sambil mempersoalkan keadilan..kenapa tidak diberikan bahagia?kita sendiri sepatutnya tahu jawapan...tidak kira jantina semua inginkan bahagia..jannah itu bonus pada mereka yg berkasih kerana Allah..hadiah dari Allah untuk terus bahagia bersama pasangan kerana yakin dan tawakal padanya sepenuh hati..jadi niatkan dari awal semuanya kerana Allah..Insyallah bahagia dan jannah itu kita dapat..mudah-mudahan..yakin pada Dia..Wallahu Alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment