Wednesday, 4 May 2016
A Man And Baby
Kita kena tahu yang lelaki nie sebenarnya takutkan komitmen..tapi nanti sampai masa mereka akan bersedia untuk pikul tanggungjawab tu..hurmmmmm semua wanita inginkan seorang lelaki yang menyayangi mereka dan bertanggungjawab..lelaki dan bayi nampak sangat menawan kan? selain dengan bayi jika mereka dengan kucing pun nampak mereka nie sangat menarik hati...sebab terserlahnya sifat feminim lelaki tu...tak kira lelaki ke perempuan sebenarnya kita ni mempunyai sifat yang berlawanan dengan jantina...ada masa terserlah ada masa tidak...tapi kalau terlebih terserlah tu jadinya lelaki lembut dan wanita yang kasar...
Kebanyakan rakan-rakan wanita pada usia seusia saya nie semuanya dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak...tapi sebenarnya itu terpulang pada jodoh..mungkin sudah sampai masa mereka.. Allah telah menetapkan segalanya...dari segi rezeki, jodoh dan ajal manusia tu. Kita cuma kena berdoa sahaja..Seterusnya yakin dengan Allah. Saya hanya berdoa untuk dipertemukan dengan orang yang mampu membimbing saya ke jalan Allah. Menjadi imam serta khalifah yang baik dan soleh. Insyallah. Saya mengaku saya bukanlah merupakan wanita solehah kerana saya merupakan manusia biasa yang sering melakukan dosa dengan niat dan tanpa niat. Cuma saya berharap dapat memperbaiki diri dengan belajar daripada kesilapan lalu.. Dulu saya sangat jahil..sangat jahil.. mempunyai ilmu tapi sayang saya biarkan diri ini hanyut dek kerana nafsu.. Didikan agama sudah pun diberikan oleh ibubapa tetapi kerana terlampau mengikut dunia lupa segala yang haram dan halal.. Apa yang saya sedar dan pelajari ialah segala yang berlaku bukan atas kehendak kita dan rancangan kita tapi kerana Yang Hakiki. Jika Dia berkehendak maka segalanya terjadi.. Dia berikan apa yang kita kehendaki tunaikan walaupun salah..tapi ingat satu masa balasan akan menyusul...
Kini saya mengerti..dulu masa fikiran masing terawang dan tidak matang semua rasa hati diikuti.. Kini segalanya disesali.. benarlah kata bidalan, "Sesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.." tapi itu pun kita bukan bererti segalanya berakhir.. Pintu Taubat masih terbuka..tidak salah untuk kita kembali pada Yang Esa.. setiap apa yang Dia beri sama ada nikmat atau balasan cuma nak mengingatkan diri kita sebagai hamba...jika diberikan nikmat kita harus bersyukur, jika diberikan balasan itu tanda untuk menyesali perbuatan dan bertaubat kembali pada-Nya.
Peranan lelaki itu penting kerana mereka yang membimbing isteri dan juga anak-anak. Bukanlah menjadi terlalu kasar dan terlalu lemah cuma menjadi tegas dan berhemah dalam membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah...
Lelaki
Wahai lelaki,
Dirimu itu gagah dan berani,
Tegak berdiri menghadap mentari,
Cubalah cari jalan menuju Yang Hakiki.
Wahai lelaki,
Hadirmu penuh bererti,
Dalam hidup wanita ini,
Menjadi pembimbing ke syurga abadi.
Wahai lelaki,
Fahami ibu dan isteri,
Mereka penyokong dibelakang diri,
Mereka ini yang harus engkau jaga hati.
Wahai lelaki,
Engkau yang berkemudi,
Mencari arah bagi keluarga dan diri,
Untuk mencapai syurga di kelak hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment