Monday, 9 May 2016
Kau Bahagia Tanpaku
Projector Band - Sudahku Tahu
Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
Segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagiku
Berdiriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!
C/O Sayang !!
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang !!
Selamat tinggal
Akukan pergi
Buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...
Lagu nie dalam masa yang sama bagi aku sangat dalam...selain lagu nie aku jugak lagu lain yang betul dekat dekat hati aku..contohnya Babak Cinta....
Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh
Bm
kegelapannya
Em Gm
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada..
D Bm
Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Em
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan
Gm
jiwa sepi
Chorus :
D Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em Gm
Terkunci kerna slalu terluka
D
Ku ingin menjadi penutupnya .
Verse 2 :
D Bm
Ku tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Em Gm
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi ...
Chorus :
D Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em Gm
Terkunci kerna slalu terluka
D Bm
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Em Gm
Aku untukmu sepanjang hayat
Bm D G A
Aku juga merasa ketakutan mencinta
Bm D Em Bb C D Bb C A
Percayakan pada kita oohhh...
Chorus :
D Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em Gm
Terkunci kerna slalu terluka
D Bm
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Em Gm
Aku untukmu sepanjang hayat
D Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em Gm
Terkunci kerna slalu terluka
D A G Gm Bm A G Gm
Ooohhh... oohhh... Oohhh... oohhh
Saturday, 7 May 2016
Rasa Hati Part 2
Hurmm ok..now aku sambung balik cerita...after dah putus semua tu...dikenalkan dengan kawan baik seseorang iaitu K dan R dan pada masa yang sama orang tu pun suka kawan baiknya,aku terpaksa undur diri...........selang beberapa bulan jumpa dengan kawan baik aku iaitu A..dia cadangkan aku berkawan dengan kawan dia seorang model.. I...nak dijadikan cerita pernah je nampak dan suka...suka dasar biasa je.. A nyatakan bahawa I baru sahaja putus cinta dan ditinggalkan..jadi situasi kami sama pada waktu itu..tapi hati aku tak lah terbuka mana untuk menerima...kami berkawan dan berkenalan...semuanya pada awal biasalah elok...setelah pertemuan pertama semua ok berlaka...entah macam mana semuanya berubah...aku dah mula sayangkan I..tapi sayang seribu kali sayang baginya perempuan ini serupa sahaja..walhal aku menerima dia seikhlas hati...entahlah mana silapnya...bagi dia, dia layan semua perempuan serupa tiada yang istimewa...pernah dia memberikan ku amaran jangan pernah jatuh cinta padanya kerana dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada aku..waktu itu hancurnya hati aku..tapi tidak sehancur pertama kali aku dilukai.....aku masih teruskan tali persahabatan kami..sehingga aku membuat keputusan untuk bertemu dengannya untuk kali terakhir dan aku habiskan seharian dengannya... dalam sehari banyak benda jadi dan kami cipta memori tersendiri...kuberikan seutas jam tangan sempena hari jadinya akan datang nanti kerana aku tidak akan bertemu dengannya lagi....................
Selang beberapa hari selepas pertemuan itu aku diberikan kejutan bahawa dia sudah mempunyai kekasih....apa perlu aku rasa?entah lah yang aku rasa semoga dia bahagia...walau sering dalam solat aku berharap Tuhan bukakan pintu hatinya untuk aku dan menjadikan dirinya lelaki terakhir dalam hidup ku...tapi sayang seribu kali sayang...dia tidak juga menghargai aku... jam yang ku berikan tidak digunakan dan jam kekasihnya lebih berharga daripada pemberian aku..aku seharusnya sedar diri...entahlah sebelum ini tidak pula dia memakai jam selain jamnya yang telah mati..tapi bila ku gantikan ada pula yang prihatin dan memberikan apa yang ku beri...lucukan jadi aku ini..hanya mengharapkan kasih pada yang tak sudi...biarlah..aku cuma doakan harap I jumpa kebahagiaan dirinya..aku mendoakan dari jauh...aku pun dah letih untuk berharap....aku tidak punyai air mata untuk ditangisi..biarlah disakiti...bukan sekali...walau berulang kali..dengan yang pertama usah diceritakan berapa kali kudisakiti hati....entahlah hati aku sudah lali dengan semua ini...bekas tunanganku AY sudah pun mendirikan rumahtangga setelah meninggalkan aku..bahagia..mungkin itu jodohnya dari azali...tidaklah semua yang menyakitkan hati,..adalah juga kebaikan yang diberi...cuma berlaku atas kesilapan diriku sendiri....biarlah waktu yang menentukan..aku doakan semua dalam keadaan bahagia...aku dengan cara aku yang begini..buat I semoga impianmu dalam kerjaya berkembang walau tidak sekali engkau memandang aku...wajah mu dan impian mu untuk terus ke puncak semoga diredhai selain kau bertemu dengan orang yang menjaga mu...mungkin aku tidak layak dan sedar tentang kekurangan diri..maafkan segala laku dan kekurangan ku...aku doakan dirimu bahagia selalu kerana itu yang kau impikan...kali ini aku akan berlalu terus..maaf kerana menjadi bayang-bayangmu tanpa izin dari dirimu..salam sayang...
Thursday, 5 May 2016
Rasa Hati
Boleh tak kali ni saya nak bercerita mengenai hati? Hati kita nie kadang kala sukar nak diramal.kita sendiri tak tahu apa rasa hati sendiri...mungkin ada yang paham mengenai hati sendiri tapi bagi saya, saya sendiri tak paham rasa hati saya ni... Memang yang kita ketahui bahawa hati ini hak Yang Hakiki... ini semua pinjaman daripada Illahi....saya cuma nak berkongsi rasa hati sahaja..
Dulu saya pernah sayang seorang hamba Allah nie AY... dari saya tingkatan 2 saya minat dia disebabkan perwatakan dia...terus terang saya katakan saya sebenarnya tidak meminati lelaki pun.. tapi mungkin kerana faktor usia yang meningkat remaja membuatkan saya terusik.. tapi sekadar berminat sahaja dan tidak lebih daripada itu... dalam masa yang sama saya rapat dengan seorang rakan daripada sekolah rendah...dengan layanan yang dia berikan membuatkan saya jatuh hati dan berharap padanya..tetapi saya abaikan perasaan tu sebab bagi saya itu hanyalah mainan semata dan memandangkan kami masih lagi dibangku persekolahan... untuk bercouple di masa itu sungguh jauh sekali.. tetapi biasalah hurmmm zaman sekolah..dia pun sudah mempunyai kekasih hati dan masa itu juga saya belajar erti kecewa..tetapi tidaklah sekecewa sekarang..kenapa dengan sekarang?nanti akan diketahui sebabnya...setelah dua tahun berlalu saya tidak rapat lagi dengan rakan sekolah rendah saya tu yang ku gelar AS sebab dia pun sudah ada yang punya dan saya masih lagi mempunyai perasaan kecewa...entah bagaimana saya berkenalan dengan orang yang pernah saya sayang iaitu AY dan hubungan kami menjadi rapat..kami menjadi rapat kerana dia sering mencurahkan perasaan kecewanya pada saya..ohh dia pun sudah berpunya tetapi sayang kekasihnya curang..kekasihnya itu adalah rakan sekelas sekolah agama saya..
Selama lebih 3bulan kami berkawan dan entah bagaimana hubungan kami, kami teruskan dengan percintaan...rupanya seronok bila bercinta nie...berkongsi sesuatu dengan orang lain...nampak saya seperti perampas? entah waktu tu saya tidak fikir pun perampas atau tidak kerana kekasihnya sendiri curang..bagi saya waktu itu tidak salah bagi saya untuk merawat luka orang lain dan luka saya kecewa ketika itu...di pendekkan cerita kami berkawan dan bercinta lebih daripada 9 tahun.. rakan sekolah rendah saya AS juga sudah berkahwin dengan pasangannya dari mereka bercinta di bangku sekolah. Mungkin itu jodoh mereka dan saya bahagia cuma entah mengapa masih punyai rasa kecewa dihati sedangkan saya sudah mempunyai pasangan...saya sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Saya sangkakan saya juga akan menjadi seperti rakan sekolah rendah saya AS yang akan menamatkan percintaan kami hingga ke perkahwinan.
Sayang seribu kali sayang, bahagia yang saya impikan musnah di tengah jalan. Setelah tali pertunangan dimeterai ikatan disimpul entah tiba-tiba badai datang.. kami putus ditengah jalan..beberapa bulan sebelum majlis dan masa itu saya masih lagi belum menyelesaikan pengajian master. Kecewa hati usah nak diluah..sakitnya masih terasa...mungkinkah ini karma atau balasan?Dia tinggalkan diriku tanpa sebarang alasan. Cuma diminta sekadar kawan..hati mana yang tidak hancur..?orang kata masjid yang hendak dibina tidak kesampaian..tapak sudah ada, bahan binaan sudah tersedia, orang-orang tinggal untuk mengerjakan pembinaan sahaja. Tapi entah mengapa bahan binaan di curi orang...benarlah kata orang jika tiada jodoh kawan lah selama mana tidak akan menjadi tetapi jika dinamakan jodoh kita pergilah ke mana sahaja walau ke hujung dunia sekalipun tetap akan bersatu..
Waktu kecewa usah ditanya bagaimana rasa bagaimana diri...tiada satu kata dapat diterangi keadaan diri... rawat diri dengan kembali pada Yang Hakiki....perlahan-lahan saya tutup pintu hati...waktu masih lagi gagah untuk berdiri..cahaya menanti pada bulan yang diberkati...bulan Ramadhan..berkenalan dengan bakal pilot R..hati berbunga kembali..ku bukakan pintu hati..tetapi sayang lagi sekali ku kecewa kembali...kawan baiknya K juga kawan ku sangat menyayangi dirinya...ku tidak ingin digelar perampas lagi ku undur diri...air mata mengalir lagi....mencari semangat diri...kini ku kunci hatiku dan buang kunci ke dalam perigi....nantilah sambung lagi.... (^_^)
Wednesday, 4 May 2016
A Man And Baby
Kita kena tahu yang lelaki nie sebenarnya takutkan komitmen..tapi nanti sampai masa mereka akan bersedia untuk pikul tanggungjawab tu..hurmmmmm semua wanita inginkan seorang lelaki yang menyayangi mereka dan bertanggungjawab..lelaki dan bayi nampak sangat menawan kan? selain dengan bayi jika mereka dengan kucing pun nampak mereka nie sangat menarik hati...sebab terserlahnya sifat feminim lelaki tu...tak kira lelaki ke perempuan sebenarnya kita ni mempunyai sifat yang berlawanan dengan jantina...ada masa terserlah ada masa tidak...tapi kalau terlebih terserlah tu jadinya lelaki lembut dan wanita yang kasar...
Kebanyakan rakan-rakan wanita pada usia seusia saya nie semuanya dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak...tapi sebenarnya itu terpulang pada jodoh..mungkin sudah sampai masa mereka.. Allah telah menetapkan segalanya...dari segi rezeki, jodoh dan ajal manusia tu. Kita cuma kena berdoa sahaja..Seterusnya yakin dengan Allah. Saya hanya berdoa untuk dipertemukan dengan orang yang mampu membimbing saya ke jalan Allah. Menjadi imam serta khalifah yang baik dan soleh. Insyallah. Saya mengaku saya bukanlah merupakan wanita solehah kerana saya merupakan manusia biasa yang sering melakukan dosa dengan niat dan tanpa niat. Cuma saya berharap dapat memperbaiki diri dengan belajar daripada kesilapan lalu.. Dulu saya sangat jahil..sangat jahil.. mempunyai ilmu tapi sayang saya biarkan diri ini hanyut dek kerana nafsu.. Didikan agama sudah pun diberikan oleh ibubapa tetapi kerana terlampau mengikut dunia lupa segala yang haram dan halal.. Apa yang saya sedar dan pelajari ialah segala yang berlaku bukan atas kehendak kita dan rancangan kita tapi kerana Yang Hakiki. Jika Dia berkehendak maka segalanya terjadi.. Dia berikan apa yang kita kehendaki tunaikan walaupun salah..tapi ingat satu masa balasan akan menyusul...
Kini saya mengerti..dulu masa fikiran masing terawang dan tidak matang semua rasa hati diikuti.. Kini segalanya disesali.. benarlah kata bidalan, "Sesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.." tapi itu pun kita bukan bererti segalanya berakhir.. Pintu Taubat masih terbuka..tidak salah untuk kita kembali pada Yang Esa.. setiap apa yang Dia beri sama ada nikmat atau balasan cuma nak mengingatkan diri kita sebagai hamba...jika diberikan nikmat kita harus bersyukur, jika diberikan balasan itu tanda untuk menyesali perbuatan dan bertaubat kembali pada-Nya.
Peranan lelaki itu penting kerana mereka yang membimbing isteri dan juga anak-anak. Bukanlah menjadi terlalu kasar dan terlalu lemah cuma menjadi tegas dan berhemah dalam membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah...
Lelaki
Wahai lelaki,
Dirimu itu gagah dan berani,
Tegak berdiri menghadap mentari,
Cubalah cari jalan menuju Yang Hakiki.
Wahai lelaki,
Hadirmu penuh bererti,
Dalam hidup wanita ini,
Menjadi pembimbing ke syurga abadi.
Wahai lelaki,
Fahami ibu dan isteri,
Mereka penyokong dibelakang diri,
Mereka ini yang harus engkau jaga hati.
Wahai lelaki,
Engkau yang berkemudi,
Mencari arah bagi keluarga dan diri,
Untuk mencapai syurga di kelak hari.
Tuesday, 3 May 2016
Love Till Jannah
Apa yang kita paham dengan cinta? Siapa yang tak pernah bercinta? Semua orang pernah bercinta, tak kiralah cinta berbalas atau pun tidak..tapi sebenarnya cinta kita nie pada benda yang nyata je ke? Cinta pada manusia je ke? Sebenarnya cinta itu indah..lebih indah jika kenal erti sebenarnya cinta..ramai je orang berkahwin disebabkan cinta..betul ke memang cinta tu penyebab kita kahwin dan bersatu dengan pasangan kita?kita yakin bahawa rasa cinta itu kekal dan sentiasa ada? Sebenarnya tidak..di dunia ni tiada apa yang kekal melainkan Allah..tapi jika cinta kerana Allah dan sememangnya semata kerana Allah ianya tidak pernah pudar..sedangkan dalam doa iftitah di dalam solat kita telah meletakkan bahawa hidup dan mati kita kerana Allah..mana datangnya kita niatkan bahagia kerana manusia..manusia semua nak bahagia..siapa yang nak rasa derita? Tak pernah ada orang impikan derita..tapi kita tanpa sedar kita yang cipta derita..contohnya kita dari kecil dididik oleh ibu ayah kita sampai satu masa kita kenal cinta terasa nk berkasih sayang,tapi dalam tak sedar kita lupa siapa sebenarnya berikan rasa tu..kita tidak bersyukur sama sekali..walhal sebenarnya dari kecil kita dah tau rasa kasih tu rasa syg..dari mana kita belajar?dari Yang Satu jua..dia ciptakan sesuatu dgn rasa kasih kerana sifat Ar-Rahman dan juga Ar-Rahimnya..kemudian dari ibu ayah kita..kerana sifat kasih antara mereka bersama kita dari awal kejadian..Islam itu indah dan cantik..manusia yang mencacatkan..ada orang yang mempersalahkan Tuhan dan hanya ingin bahagia sedangkan dalam kesenangan mereka lupa akan Tuhan mereka..terasyik dengan khayalan,sememangnya terlihat indah...tapi dalam tidak sedar kita lupa erti syukur...bila hadirnya derita baru teringat Tuhan sambil mempersoalkan keadilan..kenapa tidak diberikan bahagia?kita sendiri sepatutnya tahu jawapan...tidak kira jantina semua inginkan bahagia..jannah itu bonus pada mereka yg berkasih kerana Allah..hadiah dari Allah untuk terus bahagia bersama pasangan kerana yakin dan tawakal padanya sepenuh hati..jadi niatkan dari awal semuanya kerana Allah..Insyallah bahagia dan jannah itu kita dapat..mudah-mudahan..yakin pada Dia..Wallahu Alam..
Salam Tulisan Pertama
Salam,
Hye, hello... nampak sangat malas nak tulis..punyalah lama create blog ni tapi tak pernah nak story apa-apa..pelik ke pelik?ok.. tak salahkan kalau nak mula menulis sekarang..memang lah rasanya tak ada yang nak view sangat profile ni..blogger pun dah ramai..orang pun dah kenal..tapi sebab sekarang saya baru rasa nak menulis.. tu pun untuk suka-suka... saya sangat minat dengan penulisan..tapi sayang bahasa saya tak berapa nak elok..karangan pun tak adalah bombastik mana...benda saya paling suka ialah puisi...banyak karang puisi sebab nk ekspresikan apa yang dirasa masa tu...mostly pasal alam lar...hehehehe tapi dalam puisi memang berkaitan alam jelar selalu ye tak?ramai jugak lar pemuisi yg sy suka..tapi semua tu underground..sekarang paling best sy suka Fynn Jamal..bahasa dia guna tu..certain orang je faham..ade masa bukan semua orang paham apa yg nak dia sampaikan..sampai ada salah faham pulak tu...pemikiran orang bukannya sama kan...?Rasanya untuk post pertama nie tak perlu lar panjang-panjang... hehehe nanti ada masa kita tulislah apa yang patut....
Hye, hello... nampak sangat malas nak tulis..punyalah lama create blog ni tapi tak pernah nak story apa-apa..pelik ke pelik?ok.. tak salahkan kalau nak mula menulis sekarang..memang lah rasanya tak ada yang nak view sangat profile ni..blogger pun dah ramai..orang pun dah kenal..tapi sebab sekarang saya baru rasa nak menulis.. tu pun untuk suka-suka... saya sangat minat dengan penulisan..tapi sayang bahasa saya tak berapa nak elok..karangan pun tak adalah bombastik mana...benda saya paling suka ialah puisi...banyak karang puisi sebab nk ekspresikan apa yang dirasa masa tu...mostly pasal alam lar...hehehehe tapi dalam puisi memang berkaitan alam jelar selalu ye tak?ramai jugak lar pemuisi yg sy suka..tapi semua tu underground..sekarang paling best sy suka Fynn Jamal..bahasa dia guna tu..certain orang je faham..ade masa bukan semua orang paham apa yg nak dia sampaikan..sampai ada salah faham pulak tu...pemikiran orang bukannya sama kan...?Rasanya untuk post pertama nie tak perlu lar panjang-panjang... hehehe nanti ada masa kita tulislah apa yang patut....
Subscribe to:
Posts (Atom)