Memang benar aku gemar untuk menulis....ada masa kita perlu menyimpan hanya untuk diri kita sebab kadang-kadang tak semua orang paham apa yang kita rasa....hanya Allah yang Maha mengetahui..sedangkan ibu bapa kita jugak sukar untuk memahami diri kita...aku pun kadang kala sebenarnya sukar untuk memahami diri aku sendiri..apa yang aku inginkan apa yang aku perlukan dalam hidup aku nie sebenarnya..tapi aku percaya setiap jalan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah dari azali lagi...yang mampu merubah juga dari Allah...apa yang Dia kehendaki berlaku ke atas setiap hamba-hambanya....aku teringin jadi baik tapi usaha belum tentu ada dan istiqamah...hanya berniat..kadang kala aku tak tahu kenapa dengan diri aku....aku hanya berharap pada Allah semoga sentiasa bekalkan aku dan berikan aku petunjuk di landasannya...aku berharap tidak menyimpang jauh daripada jalan menuju Allah...aku perlukan bimbingan tapi bukan bimbingan manusia tetapi bimbingan daripada Allah..
Dulu mungkin impian aku untuk mempunyai suami dan bahagia di dunia sampai aku terlupa tujuan hidup manusia sebenar...aku perlu tukar impian aku...sekarang aku mempunyai impian sendiri yang aku rasa aku perlu realisasikan...mungkin realiti aku belum pun separuh perjalanan untuk mencapai impian aku tapi aku harap aku mempunyai sedikit usaha untuk mencapai impian aku tu....angan-angan yang aku ada mungkin merupakan mimpi semata tapi aku harap ianya akan aku capai suatu hari nanti...
Sememangnya mengingati Allah dan sentiasa berharap padaNya membuatkan kita lebih tenang dan kadang kala Allah sentiasa memberikan jalan..tanpa perlu kita risau...kerana Dialah yang memberikan segala nikmat....mungkin ada masa aku teralpa memandangkan aku manusia yang sering melakukan dosa..bukanlah yang baik..sebab aku sedar diri aku bukan sempurna...bila fikirkan ada masa aku terlupa tentang Allah bila alpa...tetapi bila dalam kesedihan aku sering ingat padaNya sebab aku lupakan Dia kala aku sedang menikmati nikmat yang telah Dia berikan...aku perlu biasakan diri aku untuk sentiasa bersyukur dengan Allah dalam setiap apa jua keadaan..
Tanamkan benih-benih zikir maka akan tenanglah hati..mungkin ada masa hati aku mati kerana aku cintakan dunia,cintakan manusia daripada cintakan Allah......itu salah diri aku....mimpi dan impian yang aku ada akan tertunai dengan izin Allah jika Dia izinkan dan menjadikan realiti adalah sesuatu nikmat yang besar Allah beri.....aku harap diri ini sentiasa istiqamah dalam apa jua perkara....Insyallah..Wallahualam....